Author Info

Instagram

Facebook

Categories 2

Labels

featured Slider

Popular Posts

Pages

Navigation Menu

Twitter

Follow me on pinterest

Like us

Flickr

Sunday 30 July 2017

PANDUAN MEMBELI HARTANAH LELONG & SOAL JAWAB RUMAH LELONG


PANDUAN MEMBELI HARTANAH LELONG 

Anda ingin membeli hartanah lelong? Akan tetapi kurang pasti bagaimana hendak bermula dan apa yang perlu dibuat?
Pihak kami ada sedikit panduan untuk anda!


Di sini kami sertakan beberapa panduan asas untuk anda yang ingin membeli hartanah lelong.
Kenalpasti Kemampuan Diri dan Kewangan
Screen Shot 2015-12-03 at 9.55.32 AM
Ini langkah penting untuk pada rakan2 yang ingin membeli hartanah lelong. Ramai yang beranggapan dengan hanya ada 10% deposit, mereka sudah boleh membeli hartanah lelong.
Sebenarnya anda perlu lihat dulu kemampuan diri dari segi kewangan sebelum masuk membida hartanah lelong. Jika anda ingin beli hartanah dengan menggunakan loan, anda perlu pastikan kelayakan loan tiada masalah sebelum membeli. Untuk semak kelayakan loan, saya sarankan agar anda semak dengan mana2 pegawai bank atau penasihat pinjaman (mortgage broker)
Selain dari deposit 10%, anda juga perlu bersedia dari segi modal untuk perkara2 lain seperti yuran guaman, kos repair, kos bayaran tunggakan dan kos renovasi.
Kami sarankan sebelum anda bermula, seeloknya anda mempunyai nilai tunai sebanyak 20% dari harga hartanah yang ingin anda beli. Lagi banyak, lagi bagus!
Kenalpasti Lokasi hartanah yang ingin dibeli
location
Di sini anda perlu tahu apa objektif pembelian anda.
Adakah anda ingin duduk di rumah tersebut? Atau adakah pembelian tersebut untuk pelaburan?
Lain orang ada selera yang berlainan. Satu rumah yang membuatkan seseorang sungguh teruja, mungkin tidak diminati oleh orang lain.
Kalau dari segi pelaburan, anda perlu kenalpasti game pelaburan anda. Adakah untuk disewakan? Atau untuk kenaikan harga? Setiap orang ada lokasi kegemaran mereka sendiri. Apa yang perlu anda buat adalah cari lokasi kegemaran anda dan kenali lokasi tersebut sehingga anda mahir. Anda tahu komposisi penduduknya, lauan lalulintas, bekalan dan permintaan etc.
Yang penting jangan jadi pelabur ikut-ikutan. Bila orang lain membeli di satu-satu kawasan, anda pun turut sama nak membeli tanpa mengetahui sebab musababnya.
Dapatkan Butiran Penting Lelongan
20151203_095945
Untuk melihat senarai lelong terkini, anda boleh lihat di ruangan listing di blog ini. Ada banyak jenis rumah untuk dilelong dan listing ini diupdate secara mingguan oleh pihak kami.
Sekiranya anda jumpa hartanah yang anda minat, boleh terus hubungi pihak kami untuk mendapatkan butiran lanjut tentang hartanah lelong tersebut. Pihak kami akan membantu anda segi proses lelongan dan khidmat nasihat.
Antara perkara penting yang perlu diketahui adalah :
  • Alamat lengkap hartanah
  • Maklumat untuk membuat carian hakmilik
  • Tarikh Lelong
  • Jumlah Deposit dan Penama Bank Draft
  • Siapa tanggung tunggakan maintenance, cukai-cukai dan utility
Membuat Site Visit dan setkan limit bidding
2015-10-15 13.59.05
Setelah anda ada butiran tentang hartanah yang ingin dibida, adalah amat digalak kan agar anda membuat lawatan ke lokasi hartanah tersebut. Untuk rumah lelong, anda tidak dibenarkan melihat keadaan dalam hartanah melainkan dengan izin pemilik asal yang sah ( biasanya jarang ada peluang begini). Jika anda tidak dapat lihat keadaan dalam rumah, memadai hanya dengan melihat keadaan luar dan persekitaran dan anda perlu membuat penilaian sendiri sama ada hartanah tersebut berbaloi untuk dibeli atau tidak.
Bila anda telah membuat lawatan dan kajian, anda perlu set kan limit bidaan anda. Berapa tinggi harga yang anda sanggup lawan. Limit ini perlu dibuat berdasarkan kos-kos yang mungkin perlu ditanggung, perbandingan dengan harga pasaran dan juga objektif pembelian anda.
Jaga Emosi Ketika Membida
2015-10-15 10.45.27
Apabila tiba hari lelongan, anda perlu bersedia dari segi dokumen yang diperlukan. Anda juga boleh menggunakan khidmat kami untuk mewakili anda pada sessi lelongan.
Apa yang penting, anda perlu menjaga emosi ketika membida. Hanya lawan bidaan mengikut harga limit yang telah anda tetapkan. Jangan beremosi ketika mengangkat pedal bida hanya kerana ada pembida lain yang menawarkan harga yang lebih tinggi dari anda. Situasi ini mungkin kelihatan remeh pada anda, tapi saya sudah melihat bagaimana rancaknya bidaan apabila ada ramai pembida dan diselangi dengan tepukan2 dari orang ramai. Kita pasti akan rasa teruja untuk memenangi bidaan tersebut. Jika pihak kami yang mewakili anda, risiko emosi dapat dielakkan kerana pihak kami akan mengikut limit yang telah anda tetapkan tanpa sebarang emosi.
Harus anda ingat ya ! Anda membeli hartanah lelong untuk dapatkan pembelian yang berbaloi. Bukan untuk kepuasan ego menang bidaan.
Sekiranya anda masih ragu-ragu dan kurang yakin, anda boleh hubungi pihak kami untuk bantuan pembelian hartanah lelong. Kami akan cuba bantu anda dari segi khidmat nasihat dan menjadi wakil anda semasa sessi bidaan. 

SOAL JAWAB RUMAH LELONG..

Berikut adalah antara 10 soalan lazim yang saya terima berkaitan dengan pelaburan hartanah lelong
Soalan 1 : Saya berminat nak beli rumah lelong di (nama lokasi), macam mana cara untuk beli ya?
Untuk masuk lelong, anda perlu menyediakan bank draft dengan nilai sebanyak 10% dari harga reserve atas nama bank yang melelong. Bila tiba hari lelongan, anda perlu hadir ( atau diwakili oleh agent) ke tempat lelongan dan serahkan bank draft bersama IC kepada pelelong untuk mendaftar. Kebiasaanya pelelong akan memberikan satu bidding paddle kepada pembida.
Apabila lelongan hendak dimulakan, pelelong akan mengumumkan senarai pembida dan kadar kenaikan setiap kali bidding paddle diangkat. Rumah tersebut akan dijual kepada pembida dengan harga tertinggi selepas tukul diketuk pada panggilan ketiga.
Soalan 2 : Saya belum ada modal untuk deposit. Boleh saya gunakan duit KWSP?
Untuk masuk membida, deposit 10% dalam bentuk bank draft perlu disediakan terlebih dahulu. Ini bermakna anda perlu ada cash awal untuk membuat bank draft. Duit KWSP boleh dikeluarkan hanya setelah anda memenangi unit yang dibida.
Soalan 3 : Rumah lelong ni boleh dapat pinjaman bank?
Untuk pembelian hartanah lelong, pihak bank tiada masalah untuk memberikan pinjaman kepada pemohon yang layak. (Pihak bank masih ada syarat2 mereka sendiri). Yang penting, anda perlu pastikan duit loan bank dapat dibayar kepada bank pelelong dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Soalan 4 : Bagaimana saya nak semak harga pasaran?
Harga pasaran boleh disemak secara rasmi dengan menggunakan pihak penilai hartanah yang berdaftar. Namun anda juga boleh membuat anggaran harga hartanah dengan menyemak harga jualan semasa untuk hartanah lain yang lebih kurang sama dengan hartanah yang ingin dibida. Anda boleh semak menggunakan iklan2 yang terdapat di surat khabar, internet etc.
Soalan 5 : keadaan rumah macam mana ya? Lokasi di mana? Ada orang duduk?
Anda boleh semak alamat yang telah diberi di dalam listing yang saya bekalkan. Berpandukan alamat tersebut, anda digalakkan untuk membuat site visit sendiri untuk melihat keadaan hartanah dari luar (Anda tidak boleh melihat keadaan dalam hartanah tanpa izin). Sekiranya anda berpuas hati dengan hartanah tersebut, baru lah anda membuat persediaan untuk membida.
Sekiranya ada orang duduk dalam hartanah tersebut, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengeluarkan penghuni tersebut atas kos sendiri. Ini adalah kerana pihak bank tidak memberikan milikan kosong kepada pembida berjaya.
Soalan 6 : Kalau loan saya tidak lulus, bagaimana ya?
Sekiranya anda pembida berjaya., anda perlu menyelesaikan baki belian mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya loan anda tidak lulus, anda perlu mencari cara lain untuk menyelesaikan baki tersebut. Sekiranya pihak bank tidak menerima baki bayaran dalam tempoh yang diberi tanpa sebab yang munasabah, deposit 10% anda akan dirampas dan rumah tersebut akan dilelong semula.
Soalan 7 : Saya berminat nak beli unit kos rendah tapi saya tak layak. Adakah saya masih boleh beli jika menerusi lelong?
Sehingga kini, syarat pembelian rumah kos rendah tidak terpakai untuk pembelian rumah kos rendah menerusi lelongan awam. Ini bermakna anda masih boleh membeli rumah kos rendah walaupun dari anda tidak layak dari segi syarat milikan yang ditetapkan lembaga perumahan negeri.
Soalan 8 :Berapa lama tempoh yang diberi untuk saya selesaikan baki bayaran?
Tempoh masa yang diberi biasanya antara 90 – 120 hari (termasuk hari cuti). Amat digalakkan anda terus memohon pinjaman bank sejurus lepas menang bidaan ( jika anda ingin membuat pinjaman bank). Jangan berlengah sebab masa yang diberi tidak lama sebenarnya
Soalan 9 : Apa beza harga reserve, harga jual dan harga pasaran?
Harga reserve : harga terendah yang telah ditetapkan oleh pihak bank yang melelong sebelum bidaan dimulakan.
Harga Jual : Harga tertinggi selepas tukul diketuk oleh pelelong
Harga pasaran : Kadar harga semasa mengikut penilaian yang dibuat oleh penilai berdaftar
Soalan 10 : Siapa tanggung tunggakan lama rumah tu?
Ini bergantung kepada bank yang melelong. Setiap bank ada syarat yang berlainan. Kebiasaannya pihak bank hanya akan menanggung tunggakan cukai taksiran, cukai pintu dan tunggakan maintenance sehingga tarikh lelong sahaja. Di sarankan agar anda mendapatkan nasihat dari pelelong/agent berkenaan perkara ini sebelum membida.

Hi..i am Property Consultant / Real Estate Negotiator.Specialized in selling and leasing of Residential / Commercial / Industrial Properties in Klang Valley.Please contact me if you require and information or consultation in Property investment.Please find my best Property investment here or my link www.mudah.my/Leena , leena property,
my email add : daarleenz@gmail.com / leenaproperty8@gmail.com 
my contact num : Leena 018 6697338

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !